Saturday, 26 May 2012

kisah lucu ~

Assalammualaikum..

Hari nie hari last keja..sebab dah resign..even tarikh tak cukup sebulan..sebab pasnie nak balik kampung dulu..next month dah sibuk..nak cuti pown susah nanti..aishh..ha..nak cite satu kisah menarik..even tak menarik bagi orang lain..tapi menarik bagi aku..haha..

Dua hari lepas..tengah sibuk-sibuk kerja..biasa la..kebusanan melanda diri..tiba-tiba ada seorang mamat nie lalu-lalu depan aku..pastu tengok semacam je..dalam kepala aku pikir..apesal mamat nie..nak cari gaduh ker??hensem gak mamat nie..haha..

Tak lama lepas tu dhe datang kat tempat aku..then tanya..camnie coversationnye..sebab tak tahu nama mamat tu..kita bagi jer nama dhe mamat..haha..sian..amik ko..=p

mamat: lame dah ker kerja?
aku: dah 3 bulan...
mamat: lama dah ker kerja?(ulang balik soalan yang sama)
aku: 3 bulan( dalam hati..pekak ke mamat nie)
mamat:....(diam)
aku: nape?
mamat: tak dela..macam busan je tengok..kalau orang yang dah kerja lama bukan hepi je..
aku: tenson la..
mamat: tenson apanye?
aku: tenson laa..tak pe dah nak berenti dah pown..(dhe tak tanya pown..aku dah gtaw siap-siap..haha)
mamat: tenson sebab pakwe banyak sangat laa tu..(pastu senyum-senyum..blah dari tempat aku..)
aku: tercengang..dalam otak pikir..ape motif mamat nie..haha..pastu aku gelak sorang-sorang..teringat benda nie..mamat nie perli aku kot..mentang-mentang aku tak dak boyprend..aitt..

haha..tu jer kisahnya...=p

Sunday, 13 May 2012

ikhlas..redha..dan tersenyumlah..=)

Assalammualaikum..

nak share satu benda..jumpe kat fb..apa yang ditulis tu ada betulnya..=)


Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu..

Berterima kasihlah pada orang yang telah..
☑ MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT…
☑ MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA…
☑ MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…
☑ Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..♥

Senyumlah andai dirimu dilukai
Senyumlah andai dirimu dilupai
Senyumlah andai dirimu dikhianati
Senyumlah andai dirimu ditindasi
Senyumlah andai dirimu dibebani
Senyumlah andai dirimu disakiti
kerana senyum itu pengubat segalanya :)



(✿ ♥‿♥) buat apa nak MENANGIS pada orang yg telah MENYAKITIMU,
buat apa nak KECEWA pada orang yg telah MEMUSNAHKAN harapanmu,
buat apa nak LEMAH pada orang yg telah MENJATUHKANMU,
buat apa nak IKUT perasaanmu yg terlampau SEDIH..
Namun...
seharusnya kamu perlu belajar SENYUM bila orang menyakitimu,
belajar BANGUN tika orang memusnahkan harapanmu,
belajar KUAT bila orang telah menjatuhkanmu,
dan kamu seharusnya belajar LAWAN perasaanmu yg sedih dan jangan mudah mengikut kehendak perasaan yg akhirnya menjerat dirimu sendiri..... "♥


♥ so senyum2 selalu..even dalam hati sedih ♥

Monday, 7 May 2012

Leadership

Assalammualaikum..

selamat malam sume..hari nie aku nak buat entry pasal leadership..as a leader..apa pendapat korang..pernah tak menjadi leader?tak kesah laa dalam apa-apa situasi pown..ketua dalam sebuah organisasi ker..ketua dalam kelas ker..ketua kumpulan ker..sume tu berkaitan leadership kan..

Tanggungjawap sebagai ketua tu sangat berat..betol tak?seberat-berat mana pown tanggungjawap tu..bila kita dah dipertanggungjawapkan memegang amanah tu..patut kita melaksanakan sebaiknya..betul tak..sebagai ketua..mesti ada orang bawahan lagi yang kita patut jaga..semenjak aku bekerja selama tiga bulan nie.sebagai pekerja biasa je pown..bukan leader..aku dapat rasa..tengok sendiri..apa yang terbuku dalam hati..as a leader..memang banyak kerja nak kena buat..tapi sebagai ketua..kita jangan pentingkan diri kita je..kena pikir orang bawah kita..mungkin diorang-diorang nie..ada ketidakpuashatian yang terbuku dalam hati..last-last jadi bahan gosip sesama sendiri jer..tak ker itu namanya mengumpat dibelakang namanya..betul tak..haha..amik~

yang penting bila buat kerja tu sila laa pikir orang bawah sama..sebab bila salah..diorang akan point balik kita..lagi satu..teguran dari ketua tu biarlaa tegas tapi bermakna..dan tidak memerli sehingga menyakitkan hati orang sekeliling..sebab bila itu yang berlaku..kita bukan menambah rasa hormat orang kat atas kita..tapi menambah musuh lagi..hah tu ker yang kita nak?tak nak kan..so pikir-pikirkan..
bad leader..huh!!

versus

a great leader..a smile from everyone..=)

ketua bukan sahaja hanya di tempat kerja..tapi mereka nie patut tunjukkan teladan yang baik..kalau diorang pown teruk..orang bawahannya macam pulak laa ye??boleh paham sendiri kan..ha satu hal paling penting..kebajikan orang bawahan jugak perlu diambil kira..memang laa kerja kita makin bertambah sebab nak kena pikir diorang-diorang nie..tapi nie laa tanggungjawap ko sebagai ketua..tula..dah ko nak sangat jadi ketua kan..haha..pikir sama penat kita..diorang lagi penat..kalau time kerja..orang tu dah on time patut balik..jangan pulak ko menambah-nambah lagi masa dhe kat situ..nak matikan anak orang ke hape..aishh..tak patut~

apa yang penting!!

teamwork..care for each other~

so conclusionnya..bila kita pernah jadi orang bawah..bila satu hari nanti kita berada kat atas pulak..jangan menindas orang bawah..pernah dengar tak ungkapan nie..tempat kerja yang baik..akan menghasilkan pekerja yang baik malahan kerja yang dihasilkan jugak superb...

Okeh itu ajer entry kali nie..nak akhiri dengan quatation best...

"A good leader inspires people to have confidence in the leader, a great leader inspires people to have confidence in themselves”

and 

a bad leader will say "Go" but a good leader will say "lets go"

Tuesday, 1 May 2012

Assalammualaikum..

Hari cuti dan jugak menyambut birthday dua orang kanak-kanak yang jatuh pada hari yang berdekatan..saifi 29 April 2000..dan si akaknya..30 April 1999..siang pergi teman along beli kek..sambil-sambil tu belikan kasut kerja baru..sebab dah tak mampu pakai heels lama-lama..so duit gaji bulan lepas habis bershoping barang merapeks ajer..iphone..kasut2x..dan lain-lain...bagus kan..haha

malam semalam makan kat luar..bersempena menyambut birthday dua kanak-kanak nie..seperti biasa gamba merapeks kompem diambil...hehe...=p

nie la dua org kanak2 itu..

kek yg sodap

syamina..

kanak-kanak tua..

jgn tiru aksi diatas..=p

along dan si saifi..malu laa konon

interprame laa kek nie..aishh

haziq mahu membunuh pokok..

lauk2..mkn-mkn lagi~

sibuk laa ko!!

aksi drastik..haha

mengantuk sudah~

Dengan nie nak wish birthday kat 2 orang kanak-kanak nie..semoga panjang umur..dimurahkan rezeki..sila stadi rajin-rajin..kerja main games dengan tengok tv je maksu tengok..aishh...keh2..itu ajerr..gudnite sume..esok kerja..jom tidoo awal..=)