Saturday, 26 November 2011

SALAM MA'AL HIJRAH 1433H


sekejap je akhir tahun islam dah berakhir..nak masuk awal tahun pulak..sempena tahun baru nie..mari laa kita memusabah diri..perbaiki apa yang salah..banyakkan amal..kerana mungkin tahun2 lepas kita lalai dalam menuruti perintahnya..selagi nyawa masih ada..peluang untuk membetolkkan diri itu masih ada..insyaAllah..=)


DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN



Doa Akhir Tahun:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad SAW,ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan keatas mereka.

Wahai Tuhan,apa yang telah kami lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada kami melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya.Dan kami telah melakukannya dalam keadaan dimana Engkau berupaya untuk menghukum kami,tetapi Engkau mengilhamkan kami dengan taubat selepas keberanian kami melakukan dosa-dosa itu semuanya.Sesungguhnya kami memohon keampunanMu,maka ampunilah kami.Dan tidaklah kami melakukan yang sedemikian daripada apa yang Engkau menjanjikan kami dengan pahala atas yang sedemikian itu.Maka kami memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan!Wahai yang Maha Pemurah!Wahai yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dari kami dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kami Muhammad,ke ats ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan ke atas penghulu kami Muhammad SAW,ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan,Engkaulah Yang kekal Abadi,Yang Qadim,Yang Awal dan ke atas kelebihanMu dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.Kami memohon pemeliharaan dariMu disepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya.Dan kami memohon pertolongan dan perlindungan daripada nafsu kami yang banyak mendorong kepada kejahatan.Dan kami memohon kepadaMu untuk melakukan sebarang usaha yang bole mendekatkan diri kami kepadaMu.Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kami Muhammad,ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka..



semoga Allah menerima doa kita..insyaAllah.. 

ps..doa akhir tahun hendaklah dibaca beberapa minit sebelum masuknya waktu maghrib..akhir asar..dan doa awal tahun setelah masuk waktu maghrib..


No comments:

Post a Comment

=Assalammualaikum=
=hye korang..sape2 yang baca entry tu..sila tinggalkan komen korang keh..satu pown okeh laa!..hee..keh