
Korang pernah tak mengalami fenomena dimana jisim bertambah??jisim apa??alaa..jisim or berat badan naek..ker korang nie jenis makan banyak pown berat still tak naek??waa kalo ada yang macam tu nak jer aku derma berat aku kat diorang..amik laa 10kg..aku bagi free je..hihik..
Baru-baru nie berat aku naek balik..mungkin kerana selera makan yang bertambah-tambah..ditambah pulak tak berjogging..dok relax jee sambil menonton tv kan..mau tak gemok..kalo dulu time belajar kat usm..berat sangat laa kurang..lagi-lagi bila tibanye bulan ramadhan..makan dikurangkan..pergi kelas jalan kaki..thats why laa bole kurus..sampaikan jumpe kawan-kawan lama pown cakap dah macam penagih dadah..haha..


Tapi kan korang pelik tak..nape…ada certain orang yang makan pi laa banyak mana pown berat dhe still tak naek??or tak naek banyak pown..adakah mereka membela jin..hantu or sebagainye..haha..minta simpang laa..or adakah mereka disumpah untuk menjadi kurus selama 7 keturunan??ingat keturunan mahsuri ke pe..merepek dah laa tu..haha..
Aku bukan cakap sebarangan..sebab aku pernah jumpe..ada kawan2 yang macam nie..dan mereka nie kebanyakannye lelaki..nape ek??padahal kalo girls..belom kawen pown berat dah naek..kalo dah kawen lagi laa bertambah2 lemak2nye..hehe…jadi camnie..


Masalah kegemukan nie tak elok sebenarnye..sebab macam2 penyakit akan datang lepas tu..malahan korang tahu tak..
6.2 juta rakyat Malaysia mengalami kegemukan??


Menurut laporan NST ..Malaysia mempunyai jumlah rakyat gemuk yang paling ramai di Asia. Jumlah rakyat Malaysia yang gemuk melebihi jumlah di beberapa negara maju, antaranya Jerman dan Perancis. Di sepanjang 10 tahun yang lepas, jumlah tersebut telah meningkat sebanyak sekali ganda. Ianya membawa kepada peningkatan jumlah pesakit hipertensi dan kencing manis.
Menurut kajian MySoN, sebab utamanya ialah kesenangan hidup dan gaya hidup tidak sihat. Antaranya makan terlalu banyak, terutamanya makanan segera dan minuman berkarbonat; suka naik lif (walaupun satu tingkat), dan tiada atau terlalu sedikit bersenam. Kita semua tahu makan berlebihan, gaya hidup tidak sihat dan kurang senaman boleh menyebabkan kegemukan.


Kegemukan yang melampau nie seterusnya membawa kepada penyakit obesiti..adakah korang suka berbadan gemok asalkan dapat makan..or berbadan slim yang sihat??
Ha..korang pernah dengar tak 3G..mesti korang ingat pasal nset kan??no..no..no..korang silap…3G zaman sekarang nie membawa maksud baru iaitu.. gebu.. gempal dan gemuk pula..pagi tadi baru je aku tengok cerita kat astro pasal 3G nie..
Bagi mengelakkan kegemukan..ada beberapa tips bole korang amalkan or elakkan..
1. Jangan makan terlalu banyak. Ikut sunah Nabi, berhenti sebelum kenyang.
2. Elakkan makan “in between meal”
3. Makan 3 kali sahaja iaitu pagi, tengahari dan malam
4. Makan malam dalam kuantiti sedikit kerana hendak tidur bukan hendak buat kerja. (Jangan “skip dinner”)
5. Elakkan makan kulit ayam, lemak ayam dan daging, hanya makan dagingnya sahaja
6. Kurangkan makan makanan berminyak
7. Elakkan makan produk dari margerin termasuk kek dan krim pada biskut
8. Elakkan makan produk dari krimer termasuk coffee mate dan susu pekat manis
9. Elakkan minum minuman manis selepas makan nasi (dalam tempuh 40 minit)
10. Elakkan makanan segera termasuk KFC, burger, sosej, naget dan sebagainya
11. Membanyakkan makan nasi dan sayur lebih baik dari membanyakkan makan lauk.
Ramai gak mengadu yang diorang tak berjaya mendapat berat badan yang diorang idam-idamkan. Ada yang nak sangat kurus, tapi tak boleh-boleh, badan tetap berisi, berat tetap tak turun-turun.
Ada pulak yang terbalik. Berat ringan sangat. Tak habis-habis mencari formula untuk menambah berat badan. Laen pulak citanye..macam2 ha…
Jadi korang sume.. hari ini aku nak kongsikan petua-petua hebat daripada National Heart Lung and Blood Institute tentang 10 sebab mengapa badan boleh gemuk dan napa berat tak boleh-boleh nak turun.
1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.
Untuk memastikan bahawa berat korang berada pada BMI atau berat normal yang ideal, korang perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh berada pada kadar yang normal dan seimbang.
Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang korang perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang korang keluarkan.
Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.
So..korang kena pastikan diri korang sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh..
Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.


2. Gaya Hidup yang kurang aktif.
Nie pulak kebanyakkan orang buat.. Ramai di kalangan kita yang selalu mengamalkan gaya hidup yang tak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.
Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!..ha..korang-korang yang selalu ngadap laptop tu..dok belek fb la..blog..or even dok tengok cita korea tu…korang tergolong gak laa..haha..
Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. Dah aku kerja memang menghadap laptop, nak buat macamana? Ya, sebab itu aku katakan, gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan setiap orang..
Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah…betol tak??
Kalau dulu atuk-atuk dan nenek-nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni macam mana? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta…even anak sedara aku pown malas nak bergerak sume suruh mama dhe..mana tak gemok perot..haha.. Itulah dunia.


3. Genetik dan faktor keluarga.
Yang ini semua tak boleh nak elak. Dah emak ko badan besar, dah bapak ko pown gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada (dengan berusaha).
Yer.. kebarangkalian untuk korang menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa korang juga turut gemuk.
Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh kita. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik...


4. Faktor kesihatan.
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.
Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.
5. Ubat-ubatan.
Ubat yang korang gunakan juga boleh mempengaruhi berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.

Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.
Ha sila elert ye sume!!!
6. Faktor emosi.
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu..betol tak??tipu laa kalo korang bole relax lagi..kalo betol..memang korang mempunyai inner peace yang hebat..aku pown nak menuntut dengan korang kalo gitu..hehe
Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan korang.relax2 sume..tahan-tahan..bawakan besabar..hihikk..
Ramai yang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.


7. Merokok.
Ha..bagi sape2 sedap je hisap rokok tu meh-meh membaca nie..mungkin korang gembira bila dengar berita nie..
Bukannya apa, sebab mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.
Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.
Kalau dulunya masa merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang dah tak ada.
Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.
Walau bagaimanapun bang, kak, dik, merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya di dalam kesihatan dan kehidupan kita. Berhentilah merokok, kerana merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan berat badan..ha dengar tu!!
Dengan merokok, korang akan meningkatkan kebarangkalian yang lebih berganda-ganda untuk mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser. Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan risikonya ada kaitan dengan merokok.
Maka, nasihat saya, berhentilah merokok..ye…
8. Umur
Bila korang semakin berusia..nilai dan kuantiti otot-otot korang akan berkurangan.. lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
Justeru, jika korang gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh tu..korang adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.
9. Mengandung (Hamil).
Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan taw…so girl dengar nie.. Ketika wanita hamil..diorang memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan…so time nie..kebanyakan pumpuan yang melantak kot..hihikk


Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.ohh bahaya nie..baek amik langkah2 pengembalian berat kembali lepas beranak tu..haha
10. Kurang tidur.
Ya, kurang tidur pun masalah. Banyak tidur masalah, kurang tidur pun ada masalah? Betol, apabila korang kurang tidur, korang turut mengalami risiko pertambahan berat badan.
Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa tidur akan mengawal kadar selera makan korang taw.. and juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh korang.
Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh korang ketika tidur. Justeru, apabila korang kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.


Lagi? Ya, apabila korang mendapat kurang tidur secara berterusan..korang juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan korang.
Pada masa yang sama, apabila kurang tidur..korang juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan.
kyuhun..donghae dan eunhyuk pown tak cukup tido nie..=p

JADI..sekarang sumenye bergantung kat diri kita sendiri. Korang yang berhak untuk menentukan berat sendiri. Kalau nak terus dengan berat sekarang, maka kekalkanlah.hehe
Bagi yang nak berubah, maka berubahlah. Setiap daripada kita punya impian, ada harapan dan cita masing-masing. Moga semuanya akan tercapai…cayok2 sume..=)
p/s..keterangan diambil daripada.. http://sangmentari.wordpress.com/2010/04/18/10-punca-kegemukan/..gambo dari pakcik google..







No comments:
Post a Comment
=Assalammualaikum=
=hye korang..sape2 yang baca entry tu..sila tinggalkan komen korang keh..satu pown okeh laa!..hee..keh