Sunday, 29 January 2012

OtAk anDa boleh RosaK


Assalammualaikum..

Baru-baru nie aku ada baca satu artikal nie..bahawasanye..ada amalan yang boleh merosakkan otak kita nie..korang jangan anggap remeh pulak..otak kita nie pown perlukan penjagaan juga..kalau otak tak sihat..macam mana pulak dengan pemikiran dan kesihatan tubuh badan kita..kompem-kompem semakin tak terurus kan..

so kat sini aku nak share serba sedikit pasal amalan tak bagus nie..amalan nie termasuk dalam amalan harian kita..patutnye kita elakkan dari terus melakukan amalan nie yang bahaya nie..insyaAllah..=)

1.Terlebih makan
boleh membebankan pembuluh darah otak dan mengurankan kuasa mental otak..


Dalam islam pown..ada dibincangkan mengenai adab makan..seperti mana..kita perlu berhenti makan dan minum sebelum kenyang..dan hendaklah hindari diri kita dari kenyang yang terlampau..hal nie mengikut Rasulullah SAW..iaitu..mengelakkan diri dari kekenyangan yang menyebabkan sakit perut dan menghilangkan kecerdasan.

Rasulullah SAW pernah bersabda:"Tidak ada bejana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya,cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya(memberikan tenaga).Maka jika tidak mahu(jika tiada pilihan),maka ia dapat memenuhi perutnya 
sepertiga untuk makanan,sepertiga untuk minuman,sepertiga lagi untuk nafasnya." 

2.menutup muka ketika tidur
tidur sambil menutup muka boleh mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kepada kerosakan otak..


3.Perokok
asap rokok mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit.."Aizheimer'
Dalam Islam juga ada membincangkan mengenai isu rokok..berikut merupakan beberapa fatwa dari para ulamak terkemuka tentang hukum rokok..


"Merokok hukumnya haram,begitu juga memperdagangkannya..kerana didalamnya terdapat sesuatu yang membahayakan..telah diriwayatkan dalam hadith.. 

"Merokok diharamkan begitu juga halnya dengan syishah ,dalilnya adalah firman Allah ta'ala: "Jangan kalian bunuh diri kalian sendiri, sesungguhnya Allah maha penyayang terhadap diri kalian"(An-Nisa:29) 

4.Banyak tidur
memang kita tahu..tidur bagus untuk merehatkan otak..malahan bagi merehatkan diri ketika penat..tetapi..masa tidur yang panjang or berlebihan boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati..


5.Pencemaran udara
otak adalah pengguna oksigen terbesar di dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6.kurang berimaginasi
seperti kita ketahui..dengan banyak berfikir adalah cara terbaik bagi melatih otak..apabila kurang berimaginasi     
membolehkan tahap  kecerdasan dan keaktifan otak menurun.


7.Tidak mengambil sarapan pagi
bila tak ambil sarapan..paras gula dalam darah akan menjadi rendah seterusnya mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif..


8.Jarang berfikir
jarang berfikir menyebabkan otak kita kurang aktif..sebab tu perbincangan bagus kerana dapat menambah keberkesanan kepada kecerdasan otak kita..


sume diatas nie tersenarai 8 amalan yang boleh merosakkan otak..hinggakan pada satu peringkat amalan nie boleh mengancam kesihatan diri kita..semoga sume nie boleh dijadikan iktibar untuk kita sume..insyaAllah..
berubah untuk kebaikan bersama..=)


No comments:

Post a Comment

=Assalammualaikum=
=hye korang..sape2 yang baca entry tu..sila tinggalkan komen korang keh..satu pown okeh laa!..hee..keh