Monday, 30 April 2012

surat untuk calon suamiku..^_^

Assalammualaikum..

Nie sebuah kisah dimana ada seorang gadis menulis surat untuk calon suaminya dan menyimpan diatas awan..dan aku jugak pasti yang semua perempuan yang ada kat dunia nie harapkan benda yang sama..dan akan luahkan benda yang sama seperti yang tercoret dalam surat nie..selamat membaca..hehe

Surat untuk calon suamiku ^_^

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ke hadapan calon suamiku..

Apa khabar imanmu hari ini?Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini?Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau genggam?

Wahai calon suamiku..



Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dasyatnya?Disini aku dilatih untuk menjadi dewasa,agar aku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan dan sedia mendampingimu kelak.Meskipun kadang kala keluh dan putus asa menghampiri,namun kini kurasakan diri ini lebih baik.

Kadang-kadang aku bertanya-tanya,mengapa Allah selalu mengujiku tepat dihatiku.Bahagian terlemah diriku,namun aku tahu jawapannya.Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingatinya,kembali mencintainya.Ujian demi ujian insyaAllah membuat aku menjadi kuat,sehingga ketika kelak kita bertemu,engkau berbangga memiliki aku di hatimu,menemani harimu.

Calon suamiku..

Entah dimana dirimu sekarang.Tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku.Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang hebat,hingga aku berbangga memilikimu kelak.Apa yang kuharapkan daripadamu adalah kesolehan.Semoga sama halnya dengan dirimu.Kerana apabila kecantikan yang engkau harapkan daripadaku,hanya kesia-siaan yang engkau dapatkan.

Aku masih hauskan ilmu.Namun berbekal ilmu yang ada ketika ini,aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu,suamiku.

Wahai calon suamiku..

Ketika aku masih dibawah jagaan ayah dan bundaku,tidak lain doaku agar menjadi anak solehah,agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya diakhirat.Namun nanti ,setelah menjadi isterimu,aku hanya harap menjadi pendamping yang solehah agar kelak disyurga hanya aku menjadi bidadarimu,mendampingi dirimu yang soleh.

Aku ini seorang pencemburu.Tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai daripada aku,aku rela.Aku harapkan begitu pula dirimu.

Pernah suatu ketika aku terbaca sebuah kisah”aku minta pada Allah setangkai bunga segar”.Dia memberiku kaktus berduri.Aku minta pada Allah haiwan kecil dan cantik.Dia memberiku ulat bulu.Aku sempat merasa kecewa.Betapa tidak adilnya dunia ini.
Namun kemudian kaktus itu berbunga indah.Dan ulat pula berubah menjadi kupu-kupu yang sangat cantik.Itulah Allah,Dia tidak memberikan apa yang kita inginkan,tetapi Dia memberikan apa yang kita perlukan.”

Aku yakin engkaulah yang aku perlukan ,meski bukan seperti yang aku harapkan.

Calon suamiku yang dirahmati Allah..

Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita,tidak akan kunamakan ia gubuk derita.kerana itulah markas dakwah kita,dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang.



Ketika kelak lahir generasi  penerus dakwah Islam daripada pernikahan kita,bantu aku mendidiknya dengan harta yang halal,dengan ilmu yang bermanfaat,terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah.Bunga akan indah pada waktunya.Ia akan mekar menghiasi taman.Maka kini sedang kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya,bersedia menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.

Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik.Meski bukan umat yang terbaik ,tetapi setidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak.

Calon suamiku..

Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata .Sperti kata orang,tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata.Itulah yang ku hadapi kini.Kelak bila kita bersama,disitulah engkau akan memahami diriku,sama halnyadengan diriku,yang akan belajar memahamimu.



Hidup ini indah bila engkau selalu hadir disisiku setiap waktu,hingga aku hembuskan nafas yang terakhir.

Wassalammualaikum  warahmatullahi wabarakatuh…

bestkan ayat dhe..semoga si dia dapat membaca luahan isi hati nie suatu hari nanti..gudnite sume..=)

Monday, 23 April 2012

stok citer korea~

Assalammualaikum..

Apa cer dengan stok cerita korea dengan kehidupan seharian aku..or korang..?bukan apa..nie nak citer pasal tak ada kerja aku..bila tak ada kerja..means..dimasa lapang..selain tidur kan..sebab menqadar kepenatan bekerja yang melampau..sekarang nie dah tak layan laa tengok televisyen..nak tahu sebab pe?sebabnya..ada kanak-kanak kecik yang bernama haqim nie..dhe suka sangat merengek-merengek..berharap orang lain bukakan citer kat disney junior..aku pown da hafal jalan citernya..tajuk pe entah..little einstein kot..bagi kanak-kanak mungkin menarik..tapi tidak bagi kitorang yang berumur 7 tahun ke atas nie..conclusion busan~huh..

So aku apa lagi..daripada melayan citer busan tu baik aku melayan citer korea..betol tak..haha..Hari nie bersempena cuti..bukan cuti mc ye..dan jugak seharian dari pagi tadi..and sampai sekarang belum-belum lagi off laptop nie..mahu kepanasan da..tak kan nak simbah air kot..mahu rosak laa laptop nie jawapnye..aishh...

kerja aku seharian nie..adalah mendownload citer korea yang baru..untuk simpanan dimasa lapang..bagus tak..every week da kompem tengok citer running man..tu memang kewajipan..nie pulak stok dimasa hadapan..hehe..antara citer-citernya..Love Rain..My Shining Girl..Scent of Woman..49 Days..tapi antara sume aku senaraikan nie..citer love rain and my shining girl paling terbaru tengah ditayangkan..sekarang nie baru episode ke 8..meh aku nak kongsikan sikit pe jalan citer sume citer kat atas nie..


Love Rain



"Love Rain" depicts a 1970's pure love and a love from the present day at the same time. It shows how the offsprings of a previous ill-fated couple, who met in the 1970s, managed to meet and fall in love. Seo In Ha and Kim Yoon Hee, a art student and a shy beauty, met and fell in love with each other during college in the 1970s but unfortunately their love was fated to never be. Now in the present 21st century Korea, Seo In Ha's son, Seo Joon (a liberal photographer) meets and falls in with the daughter of Kim Yoon Hee, Kim Ha Na, a cheerful and energetic girl who's personality is different from her mother's. Will their love for each other keep them together or will they have to face the same fate as their parents?

 kredit: Hero citer nie Jang Geun suk yang encem..dan heroin yOona snsd yang cantek..aWal citer nie klasik..and tiba-tiba dah muncul zaman sekarang..cinta yang tak kesampaian mungkin ker bertaut kembali..or cinta baru akan berputik..nie tengah on the way tengok..hee

My shining Girl 



Jun Ji Hyun joins a broadcasting team and gets caught in the middle of a love triangle between the PD, Noh Yong Woo, and a top star, Kang Min.

kredit:citer nie ada kim hyung joon yang encem dari group SS501 keh..=)

Scent of Woman




A woman, Lee Yeon Jae, is given the grim prognosis that she only has a short time left to live. She decides to quit her job at a travel agency and live her life to the fullest.

kredit: ada lee dong wook as hero dalam citer nie..nie prince charming aku sejak dizaman matrix..suka2..hehe

49 Days



A young woman named Ji Hyun was enjoying absolute bliss as she was about to be married with her fiancé, but her perfect life is shattered in a car accident that left her in a coma. She is given a second chance at life by a reaper, but it comes with a condition: she has to find three people outside of her family who would cry genuine tears for her. In order to do this, she borrows the body of Yi Kyung, a part-time employee at a convenience store.

kredit:pelakon-pelakon comel belaka..jalan cerita pown menarik..hehe

selain citer kat atas nie..banyak lagi citer lain..tapi tak sempat nak download banyak-banyak..tunggu masa terluang nanti pulak..kalau sape-sape yang minat citer korea..tengok laa ye..mesti korang pown terpegun gak nanti..hehe..keh..gudnite sume..=)

Friday, 20 April 2012

pErbezaan ♥ aNtara Lelaki dan Perempuan

Assalammualaikum...

Hari nie..aku nak kongsikan satu benda..artikal pasal cinta..tajuk nie kan selalu hot stuff dikalangan semua orang..tak kira umur..jantina..masa..zaman..sama je kot kan..disebabkan minat membaca yang sudah dipupuk sejak zaman kecil-kecilan dulu lagi..sampai sekarang..suka memboros beli buku banyak-banyak..even kebanyakannya tak habis dibaca lagi..melainkan cerita lawak kampus..or komik yang merapu rapan..kompem baca dengan pantas..hehe..

Dalam banyak-banyak usha buku kat popular..dapat laa tiga buah.sebuah cerita english..macam menarik..tapi tak start baca lagi..akibat kepenatan kerja..dan ketiadaan masa..sebab selalu ambil masa baca2 nie bila time nak tidur je..tak sampai 5 minit..mengantuk..hehe...second book..mr mystery..beli khas buat si akak sorang nie..dhe tak habis2 cakap..maksu belikan la..dapat jugak akhirnya..and the third book..sebuah buku islamik..tajuk.."Ya Allah,diakah Jodohku"..buku nie lebih kepada motivasi pasal cinta la..menjawap soal hati tentang calon yang dinanti.. aku dalam proses membaca buku nie lagi..sekarang nie ada laa dalam 48 m/s aku baca..bagus tak??haha...tak pe..lama-lama habis laa kan..

Daripada buku tu..banyak gak information yang aku dapat..and mungkin dapat dikongsi bersama...macam menarik jer isunya..setelah dibaca dan diteliti..ada benar jugak benda nie..okeh2..meh-meh baca beramai-ramai..=)

30 Perbezaan Cinta antara lelaki dan wanita..

1.Jika ada perempuan membenci seorang lelaki setengah mati,itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati..

2.Buat lelaki..jika korang rasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya beerti korang mencintai perempuan tu..

3.Di belakang semua perempuan yang berjaya adalah kegagalan dalam bercinta

4.Cinta yang dianggap sekadar babak pertama bagi lelaki dalam hidup merupakan hidup mati bagi seorang perempuan.

5.Jika lelaki mengatakan 'perempuan tu tak ada perasaan laa'bermakna perempuan tersebut berjaya mencuri hatinya..

6.Cinta seorang lelaki bagai menulis diatas air atau paling besar seperti dia menulis di atas pasir..

7.Hati perempuan yang dilanda asmara bagai mihrab emas,biasanya hanya patung dari tanah yang berlindung dibawahnya.

8.Bagi perempuan ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya ;mencintai,dikecewakan kemudian bersedih.

9.Banyak lelaki yang bunuh diri kerana cinta,tetapi kaum perempuan jauh lebih banyak.

10.Cinta adalah sebuah kisah yang didalamnya perempuan dengan bangga berperanan sebagai pahlawan,sedangkan bagi lelaki,dia lebih memilih menjadi pengarangnya..

11.Dalam kehidupan seorang perempuan,ada suatu masa yang dia berasa perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya.

12.Cinta: perempuan,lelaki dan larangan.

13.Walaupun perempuan bermulut seribu..namun cinta mengajarnya diam..

14.Wanita tercantik adalah wanita yang menggetarkan kata cinta diantara dua bibirnya.

15.Dalam bercinta,seorang lelaki selalu ingin tahu apa yang dilakukan oleh kekasihya..

16.ketika seorang perempuan mencintai seorang lelaki,sekali-kali dia tidak akan merendahkannya..

17.Dalam percintaan,lelaki adalah penyerang dan perempuan yang bertahan.

18.Dalam percintaan,seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecuali satu perkara,mencintainya terus-menerus.

19.keinginan seorang perempuan boleh dibengkok-benkokkan terserah kepada orang yang dia cintai..

20.Dalam persahabatan,lelaki lebih pandai daripada perempuan,namun tidak dalam percintaan.

21.Dalam percintaan,lelaki bak serigala yang ganas..so perempuan sila berhati-hati...jangan menyerahkan segalanya dan sedia berkorban.

22.cinta mungkin boleh berakhir dalam sehari,namun cinta hakiki tidak.

23.tiada yang dapat mengganti cinta dari hati seorang perempuan,selain cinta yang baru.

24.seorang perempuan tidak akan mampu hidup tanpa orang yang dia cintai.

25.Cinta,merasuk pada jiwa seorang perempuan dalam hitungan detik yang penuh ketengan dan takjub.

26.perempuan mencintai pasangannya untuk dirinya begitu jugak lelaki.

27.cinta seorang lelaki,tidak akan lebih daripada selembar sampul depan,namun cinta seorang perempuan bagai lembaran-lembaran kertas yang tidak pernah habis.

28.kebahagiaan perempuan,ketika dia boleh mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya..

29.kala perempuan jatuh cinta dia mulakannya dengan kekhutiran,ketakutan dan prasangka.

30..persaan,cinta dan kerelaan adalah hal yang tidak akan lekang daripada diri perempuan..

Ha..itulah perbezaannya..cuba orang baca dan pikir-pikirkan ada benar bukan..keh..itu ajer..selamat malam...=)




Tuesday, 17 April 2012

kau ada pernah STRESS??

Assalammualaikum...

Hari nie..seperti hari-hari kebiasaan lain..kecuali dihari cuti..aku akan mengalami stress aka tekanan perasaan..mana taknye..segala kehendak..kemahuan tak tercapai lagi..huhu..masuk awal bulan 5 nie..genap laa tiga bulan aku kerja kat tempat nie..macam-macam perasaan bercampur aduk..suka..bila dapat berkenalan dengan membe-membe yang baik..dan jugak sporting giler..tapi tak suka pulak bila tension akibat tekanan dari orang atasan or orang lain..aku prefer lagi tension sebab kerja yang berlambak3 hah..huhu..T_T


Bila aku pikirkan balik..sementara kontrak aku tak tamat lagi..better aku berenti..sebab after tiga bulan nanti..bila nak berenti..aku kena hantar notis sebulan..mau lagi lama aku kena tunggu masa nak cabut dari situ..huhu..hari tu..akak bagi kalau nak berenti..sekarang nie..tak bagi pulak..huhu..dhe cakap simpan duit..beli kereta dulu.baru berenti dari tempat puaka tu..huh..tension..hari-hari kat situ dah nak macam orang gila jer rasa..kesabaran aku da tahap kosong da pown sekarang nie..hurmm..sedeh~


So sekarang nie..sume benda aku dah tak ada mood..dan kebarangkalian pasnie..dah tak akan bercontact dengan siapa-siapa pown..pasnie..kerja3..pastu bertambah serabut..aku just nak busykan diri dengan tengok cita korea je..noktah..minta maap laa kalau sape-sape yang ada contact aku pasnie dah tak dilayan..tu je..bila sampai satu saat nanti..aku da okey nanti..mungkin boleh jumpa aku lagi..tu je..k daa..

bye3

yah..only me that person..