Assalammualaikum...
Hari nie..aku nak kongsikan satu benda..artikal pasal cinta..tajuk nie kan selalu hot stuff dikalangan semua orang..tak kira umur..jantina..masa..zaman..sama je kot kan..disebabkan minat membaca yang sudah dipupuk sejak zaman kecil-kecilan dulu lagi..sampai sekarang..suka memboros beli buku banyak-banyak..even kebanyakannya tak habis dibaca lagi..melainkan cerita lawak kampus..or komik yang merapu rapan..kompem baca dengan pantas..hehe..
Dalam banyak-banyak usha buku kat popular..dapat laa tiga buah.sebuah cerita english..macam menarik..tapi tak start baca lagi..akibat kepenatan kerja..dan ketiadaan masa..sebab selalu ambil masa baca2 nie bila time nak tidur je..tak sampai 5 minit..mengantuk..hehe...second book..mr mystery..beli khas buat si akak sorang nie..dhe tak habis2 cakap..maksu belikan la..dapat jugak akhirnya..and the third book..sebuah buku islamik..tajuk.."Ya Allah,diakah Jodohku"..buku nie lebih kepada motivasi pasal cinta la..menjawap soal hati tentang calon yang dinanti.. aku dalam proses membaca buku nie lagi..sekarang nie ada laa dalam 48 m/s aku baca..bagus tak??haha...tak pe..lama-lama habis laa kan..
Daripada buku tu..banyak gak information yang aku dapat..and mungkin dapat dikongsi bersama...macam menarik jer isunya..setelah dibaca dan diteliti..ada benar jugak benda nie..okeh2..meh-meh baca beramai-ramai..=)
30 Perbezaan Cinta antara lelaki dan wanita..
1.Jika ada perempuan membenci seorang lelaki setengah mati,itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati..
2.Buat lelaki..jika korang rasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya beerti korang mencintai perempuan tu..
3.Di belakang semua perempuan yang berjaya adalah kegagalan dalam bercinta
4.Cinta yang dianggap sekadar babak pertama bagi lelaki dalam hidup merupakan hidup mati bagi seorang perempuan.
5.Jika lelaki mengatakan 'perempuan tu tak ada perasaan laa'bermakna perempuan tersebut berjaya mencuri hatinya..
6.Cinta seorang lelaki bagai menulis diatas air atau paling besar seperti dia menulis di atas pasir..
7.Hati perempuan yang dilanda asmara bagai mihrab emas,biasanya hanya patung dari tanah yang berlindung dibawahnya.
8.Bagi perempuan ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya ;mencintai,dikecewakan kemudian bersedih.
9.Banyak lelaki yang bunuh diri kerana cinta,tetapi kaum perempuan jauh lebih banyak.
10.Cinta adalah sebuah kisah yang didalamnya perempuan dengan bangga berperanan sebagai pahlawan,sedangkan bagi lelaki,dia lebih memilih menjadi pengarangnya..
11.Dalam kehidupan seorang perempuan,ada suatu masa yang dia berasa perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya.
12.Cinta: perempuan,lelaki dan larangan.
13.Walaupun perempuan bermulut seribu..namun cinta mengajarnya diam..
14.Wanita tercantik adalah wanita yang menggetarkan kata cinta diantara dua bibirnya.
15.Dalam bercinta,seorang lelaki selalu ingin tahu apa yang dilakukan oleh kekasihya..
16.ketika seorang perempuan mencintai seorang lelaki,sekali-kali dia tidak akan merendahkannya..
17.Dalam percintaan,lelaki adalah penyerang dan perempuan yang bertahan.
18.Dalam percintaan,seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecuali satu perkara,mencintainya terus-menerus.
19.keinginan seorang perempuan boleh dibengkok-benkokkan terserah kepada orang yang dia cintai..
20.Dalam persahabatan,lelaki lebih pandai daripada perempuan,namun tidak dalam percintaan.
21.Dalam percintaan,lelaki bak serigala yang ganas..so perempuan sila berhati-hati...jangan menyerahkan segalanya dan sedia berkorban.
22.cinta mungkin boleh berakhir dalam sehari,namun cinta hakiki tidak.
23.tiada yang dapat mengganti cinta dari hati seorang perempuan,selain cinta yang baru.
24.seorang perempuan tidak akan mampu hidup tanpa orang yang dia cintai.
25.Cinta,merasuk pada jiwa seorang perempuan dalam hitungan detik yang penuh ketengan dan takjub.
26.perempuan mencintai pasangannya untuk dirinya begitu jugak lelaki.
27.cinta seorang lelaki,tidak akan lebih daripada selembar sampul depan,namun cinta seorang perempuan bagai lembaran-lembaran kertas yang tidak pernah habis.
28.kebahagiaan perempuan,ketika dia boleh mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya..
29.kala perempuan jatuh cinta dia mulakannya dengan kekhutiran,ketakutan dan prasangka.
30..persaan,cinta dan kerelaan adalah hal yang tidak akan lekang daripada diri perempuan..
Ha..itulah perbezaannya..cuba orang baca dan pikir-pikirkan ada benar bukan..keh..itu ajer..selamat malam...=)



No comments:
Post a Comment
=Assalammualaikum=
=hye korang..sape2 yang baca entry tu..sila tinggalkan komen korang keh..satu pown okeh laa!..hee..keh