Hari nie..seperti biasa..setiap minggu..hari isnin je cuti rasmi buat aku..so busan laa kan kalau tak keluar buat pape..lagi pown duduk kat umah pown tak tentu arah tak buat pape..asyik melihat laptop yang dah berabuk-rabuk nie jer..boleh naik juling mata lama-lama..hehe..
kalau ikutkan hati nak jer keluar pusing-pusing johor nie..oleh kerana tiada transport..duit..kena jimat..member busy jer kan..so niat tu terpaksa dibatalkan ler..tunggu dah ada kenderaan sendiri nanti laa agaknye kot..hehe..ingatkan hari nie tak keluar jalan-jalan..alah setakat jalan-jalan pusing sini pown jadi laa kan..daripada termenggu sorang-sorang..akhirnya ada jugak orang yang ajak keluar..akak ernizan..membe sekerja sekali..tapi sekarang dah resign..alhamdulillah still lagi contact even tak selalu dah jumpa..=)..
kitorang keluar pergi Giant taman u jer..sebab nie tempat terdekat yang boleh pergi..mana taknye..keluar rumah pown dah pukul dua petang..and balik taknak laa lewat sangat..so tak ada pilihan pergi je mana-mana yang dekat..kalau nak pergi jusco..busan kot..tak larat pergi..hehe..menyampah..=p
so bila pergi Giant nie kerja kitorang..tengok wayang..nie first time tengok wayang kat johor..dan jugak first time bagi tahun 2012..gaya macam aku nie hantu tengok wayang jer..padahal seumur hidup..tak sampai 10kali pown lagi pergi tempat tersebut..pergi je kat situ..tengok punya laa tengok cerita menarik apa yang ada..dalam hati nak tengok cerita 7 petala cinta..tapi tak ada pulak ha..namun begitu kalau nak ajak kak ani tengok cita nie macam tak berapa sesuai..sebab cita nie orang jiwang macam aku jer yang layan..jiwang ker aku nie???sudah semestinya laa..kalau tak percaya try pegi tanya membe baek..hehe..
Dalam banyak-banyak cerita yang ada ditayangkan..seperti Hunger Games..Mirror mirror..John Carter..dan jugak cita baru si zizan..Jangan Pandang-pandang..tajuknya seperti cerita hantu sebelum-sebelum nie kan..jangan tegur la..jangan pandang belakang..jangan apa lg?apa kata..buang perkataan jangan tu..suruh buat jer..kan senang..bajet nak jadi pengarah skrip cerita laa konon..setakat pandai merapeks ada laa kan..huh~
Akhirnya kitorang membuat keputusan tengok cita Jangan pandang-pandang..bagi pendapat cek laa kan..cita nie..bole tahan..kelakar jer lebih..seram tak sangat pown..hantu dhe pown lebam jer lebih..haha..aku lebih suka cita zizan hantu bonceng dulu lagi kot..sebab motif dhe sampai gak..cita Jangan pandang2 nie..agak serious la watak zizan..even disamping perasan hensem dan menggedik tu ada lagi..hehe..pape pown tak apelah..boleh laa gak mengurangkan rasa stress seminggu ..=)
meh nak cita sikit..sinopsis cerita nie..
Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah.
Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika.
Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha berkata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden.
Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob. Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras.
Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak.
Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot. Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus.
Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalahertikan oleh mereka berlima.
Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha.
trailer citanye..
p/s~kalau siapa-siapa yang berminat dengan cerita seram yang tak berapa seram korang boleh laa tengik cerita nie..kompem tak berapa menjerit..kalau menjerit gak tak tahu nak kata apa dah laa..hehehe..selamat menonton...=)
No comments:
Post a Comment
=Assalammualaikum= =hye korang..sape2 yang baca entry tu..sila tinggalkan komen korang keh..satu pown okeh laa!..hee..keh
No comments:
Post a Comment
=Assalammualaikum=
=hye korang..sape2 yang baca entry tu..sila tinggalkan komen korang keh..satu pown okeh laa!..hee..keh