Thursday, 20 October 2011

:ombak rindu movie:



~Kesepian..kehampaan..kerinduan..bagaikan teman saban hari tiada siapa mengerti..~




           Cerita nie di adaptasikan dari novel yang terlaris di malaysia..iaitu ombak rindu..sape-sape peminat novel mesti tahu pasal novel nie rasanye..sebab ramai yang cakap besh ceritanye..saya sebenarnye tak baca lagi novel nie...tapi entah macam tertarik jee nak tengok cerita nie..Novel karya FAUZIAH ASHARI terbitan Alaf 21 nie difilemkan oleh Tarantella Pictures Sdn Bhd dan Astro Shaw Production. Diarahkan oleh sutradara Osman 
Ali.

           Synopsis cerita  macam nie…IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

           Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

            Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

           Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Watak-watak utama dalam cerita nie… Maya Karin sebagai IzzahAaron Aziz  sebagai Hariz Lisa Surihani sebagai  Mila..





Aaron Aziz-hariz
Maya Karin-izzah

Lisa Surihani-mila

 Gamba-gamba nie diambil daripada ombak rindu official homepage facebook…








Okey cerita nie akan ditayangkan di pawagam 1 disember 2011…serious tak sabar nak tengok..jom sume pergi tengok..yeahhh!!!..



Rinduku Umpama Ombak Yang Tak Berhenti... Kasihmu Bagai Pantai Yang Setia Menanti... ~Ombak Rindu~







No comments:

Post a Comment

=Assalammualaikum=
=hye korang..sape2 yang baca entry tu..sila tinggalkan komen korang keh..satu pown okeh laa!..hee..keh